fbpx

Prabowo beli lembu korban harga RM143,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRABOWO membeli seekor lembu seberat 1.3 tan untuk dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha. - Foto YouTube

JAKARTA –  Presiden Indonesia yang dipilih, Prabowo Subianto membeli seekor lembu seberat  1.3 tan pada harga 500  juta rupiah (RM143,447) untuk dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha yang disambut Isnin ini, lapor portal berita IDXChnnel. 

Beliau membeli lembu bernama Douglas itu dari Ladang Lestari setelah tertarik dengan haiwan tersebut. Untuk makluman, Douglas pernah menyertai Pertandingan Ekspo Lembu  di Kemayoran, Jakarta.

Pengurus ladang itu yang dikenali sebagai Firman berkata, Prabowo membeli lembu tersebut yang berusia enam tahun tanpa tawar menawar.

Lembu spesies  Aberdeen Angus berasal dari Scotland itu terkenal kerana memiliki daging yang lembut.

Prabowo juga membeli enam ekor lembu bersaiz besar yang keseluruhannya mempunyai berat enam tan.

Empat daripada enam haiwan itu akan disembelih di Sukabumi, Jawa Barat.

Prabowo akan menggantikan Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang akan menamatkan tugasnya selepas dua penggal memegang jawatan itu, pada Oktober 2024. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI