fbpx

Piala FA: KL City terkedu dibolosi minit-minit akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain-pemain bertaraf kebangsaan seperti Brendan Gan dan Paulo Josue bergelut untuk membantu KL City menewaskan Kuching City semalam. - Foto ihsan Kuching City

KUALA LUMPUR – Pengendali Kuala Lumpur City (KL City), Miroslav Kuljanac mengakui pasukannya terkedu apabila dibolosi minit akhir masa tambahan sekali gus tewas 2-3 kepada Kuching City pada aksi pusingan pertama Piala FA semalam.

Kata Kuljanac, barisan pemain sudah berikan yang terbaik untuk mengheret saingan pada masa tambahan tetapi tidak bernasib baik selepas tewas hasil jaringan Zahrul Nizam pada minit ke-123 perlawanan.

“Tiada apa yang boleh saya katakan, dibolosi saat akhir adalah sesuatu yang sukar diterima dan kini kami tersingkir daripada kempen Piala FA.

“Secara jujur, saya rasa pasukan lawan agak bertuah tetapi saya tetap ucapkan tahniah kepada Kuching City kerana menang perlawanan ini,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada aksi di Stadium KL, Cheras itu, skuad The City Boys meraih gol menerusi ledakan Haqimi Azim Rosli dan Paulo Josue manakala pelawat mengikat kedudukan 2-2 pada 90 minit hasil jaringan Filemon Anyi dan Nur Shamie Iszuan.

Sementara itu, ketua jurulatih The Cats, Aidil Sharin Sahak percaya anak-anak buahnya berhak untuk mara ke pusingan suku akhir selepas pasukan bangkit daripada ketinggalan 1-2.

“Pada babak pertama kita lihat KL City menguasai perlawanan. Bukan mudah untuk menang di gelanggang keramat mereka tetapi sikap serta semangat juang tinggi pasukan membolehkan kita menang di sini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI