fbpx

Piala FA: Gol pertama Pawi bersama TFC, layak ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safawi Rasid (tengah) meraikan gol penyamaan bersama rakan pasukan sewaktu menewaskan Perak FC 2-1 pada aksi Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) mara ke suku akhir selepas bangkit dari ketinggalan untuk mengatasi Perak 2-1 dalam aksi pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu bakal membuat perhitungan dengan pemenang antara Sabah dan KL Rovers di pusingan suku akhir dijadual berlangsung hujung bulan ini.

TFC bagaimanapun dikejutkan jaringan pembukaan pelawat apabila kegagalan benteng pertahanan mengeluarkan bola sepakan percuma Lee Tae-min yang dihukum Luis Henrique seawal minit keenam.

Skuad Sang Penyu terpaksa menunggu sehingga minit ke-37 untuk mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti ketua pasukan, Safawi Rasid selepas Manuel Ott dikasari pemain lawan, Tommy Mawat Bada.

Serangan bertali arus TFC seterusnya membuahkan hasil apabila bola sepakan kencang Pilj berpunca gerakan Ismaheel Akinade dari sebelah kanan berjaya menerjah jaring pada minit ke-42.

Perak kemudian dirundung malang terpaksa beraksi 10 pemain selepas video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan Muhamad Firdaus Saiyadi menyiku Safawi pada minit ke-68. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI