fbpx

Piala FA: Faisal Halim jadi saksi kejayaan Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Selangor FC, Yohandry Orozco (No. 16) meraikan jaringannya pada aksi 16 terbaik Piala FA menentang Negeri Sembilan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Selangor FC berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir Piala FA selepas membelasah Negeri Sembilan 4-0 pada aksi 16 terbaik di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Lebih manis, kejayaan itu disaksikan sendiri oleh Faisal Halim yang turut hadir ke stadium bersama keluarganya bagi memberikan sokongan kepada rakan sepasukan.

FAISAL Halim (dua dari kanan) turut hadir ke stadium bersama keluarganya bagi memberikan sokongan kepada rakan sepasukan. – SHIDDIEQIIN ZON

Kehadiran Faisal ke stadium jelas memberikan tenaga tambahan buat pemain Selangor yang akhirnya memperoleh gol pantas menerusi Yohandry Orozco seawal minit keenam permainan.

Kesilapan pertahanan Negeri Sembilan, Aliyu Audu Abu Bakar pada minit ke-14 membolehkan Orozco terus menggegar bagi mengukuhkan kedudukan buat tuan rumah.

Ketika pelawat kekal dengan sikap melawan, kualiti serangan lebih berpihak kepada Selangor yang memperoleh gol ketiga menerusi seorang lagi bintang importnya, Alvin Fortes pada minit ke-45.

Memasuki minit ke-62, pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Abd Wahab buat keputusan meneliti semula Video Bantuan Pengadil (VAR) dan memberikan penalti buat Selangor FC namun kesempatan itu berakhir dengan kekecewaan apabila penjaga gol lawan, Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri bertindak cemerlang menafikan sepakan Ronnie Fernandez.

Bagaimanapun, minit ke-67, Fortes sekali mempamerkan ketajaman apabila meledak gol keempat tuan rumah sekaligus meletakkan Negeri Sembilan dalam situasi lebih tertekan untuk mencipta kebangkitan.

Kuching City FC yang mengejutkan Kuala Lumpur City 3-2, semalam bakal menjadi lawan seterusnya Red Giants di peringkat suku akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI