fbpx

Piala FA: Akmal Rizal tabik ‘kejantanan’ pemain Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Penang FC berjaya lolos ke suku akhir Piala FA selepas menang menerusi penentuan sepakan penalti semalam. - Foto ihsan Penang FC

KEBERANIAN yang ada pada setiap diri pemain menjadi elemen utama yang membantu kejayaan Penang FC mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Piala FA musim ini.

Pada aksi 16 terbaik di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam tadi, Penang FC menang 4-3 ke atas Sri Pahang pada penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 120 minit.

Pengendali Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, menjelaskan rasa takut seakan langsung tiada dalam kamus hidup pemainnya dan setiap orang menzahirkan keberanian untuk mengambil sepakan penalti.

“Keyakinan ada pada pemain untuk mengambil sepakan penalti dan perkara ini begitu menggembirakan saya. Semua orang mahu menang untuk membolehkan kami pulang menyambut Hari Raya dengan perasaan gembira.

“Sudah dua atau tiga hari kami berlatih ambil sepakan penalti, jadi saya tahu siapa yang boleh ambil tanggungjawab itu. Sebelum penalti, kami bertanyakan kepada pemain adakah mereka masih larat tetapi semuanya kekal yakin.

“Tiada lain, harapan kami pastinya mahu keputusan positif ini dapat dibawa ke perlawanan seterusnya,” katanya.

Paling menarik, Akmal juga boleh dianggap lulus ujian kerana Penang FC juga belum lagi tewas dalam tiga aksi awal Liga Super apabila merekodkan tiga keputusan seri namun jurulatih muda itu tetap memberikan kredit kepada Sri Pahang.

“Sebelum perlawanan, kita tahu apa yang Sri Pahang ada dan mereka adalah pasukan yang lebih baik malah memiliki kelebihan kerana beraksi di tempat sendiri. Apabila Sri Pahang menjaringkan gol, kita ditekan tetapi pemain saya kekal tenang untuk bertahan dan cuba intai untuk cuba memanfaatkan peluang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI