fbpx

Pasangan berkahwin di restoran Burger King

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan pasangan pengantin baru di majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di restoran Burger King. - TikTok @n0thingforyo

JAKARTA – Tindakan sepasang pengantin baharu melangsungkan majlis perkahwinan mereka di restoran makanan segera Burger King di Parung Bingung, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian netizen, lapor laman berita  Wolipop hari ini. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok oleh akaun bernama @n0thingforyou, restoran tersebut dihiasi dengan bunga berwarna-warni. 

Ahli keluarga dan tetamu juga dilihat sedang membuat pesanan, manakala ada yang sedang menjamah makanan di majlis itu. 

“Orang gila mana? Saya yang gila mengadakan wedding di Burger King,” kata pemilik akaun itu. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih 1.8 juta tontonan. Rata-rata, netizen terkejut dengan tindakan pasangan pengantin itu. 

“Tak mengapa yang penting bahagia,” kata seorang netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI