fbpx

Mahasiswa ditemui lemas dalam Tasik Unimas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penuntut di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) ditemukan mati lemas di Tasik Unimas, di sini pagi tadi.

KOTA SAMARAHAN – Seorang penuntut di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) ditemukan mati lemas di Tasik Unimas, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, penuntut lelaki berusia 20 tahun itu ditemukan terapung di tasik berkenaan, dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 8.32 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan telah digerakkan ke lokasi untuk mengangkat mayat mangsa.

“Sampai di lokasi didapati benar ada seorang mangsa lemas terapung di tasik berkenaan, pada jarak tiga meter dari tebing berdekatan Jambatan Cinta, Unimas. Pasukan bomba kemudian menarik mangsa ke tebing,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa yang disahkan meninggal dunia kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI