fbpx

Kolej UCMI guna modul SUPERB, tingkatkan kebolehpasaran graduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Lembaga Pengarah UCMI bersama pengurusan tertinggi UCMI dan Majlis Perwakilan Pelajar bergambar sewaktu gimik pelancaran Modul SUPERB.

PETALING JAYA – Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) telah melancarkan Modul SUPERB.

Model yang diperkenal oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) UCMI merangkumi lima prinsip utama iaitu Superior, Ummah-Professional, Excellence, Rabbani dan Budi.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UCMI, Prof. Madya Dr. Nurul Aliah berkata, lima teras ini juga berpaksikan tiga teras utama iaitu Holistik, Profesional dan Kemanusiaan.

Beliau berkata, Modul SUPERB adalah satu modul pembangunan mahasiswa yang bertujuan memperkukuhkan pendekatan holistik, profesional dan kemanusiaan bagi membangunkan mahasiswa yang dinamik serta berkualiti sejajar dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Modul ini juga bertujuan untuk menggabung jalin di antara pencapaian akademik dan kokurikulum agar dapat melahirkan mahasiwa yang berdaya maju dan bertaraf global.

“SUPERB juga beriltizam dalam melahirkan graduan holistik yang mampu berfikir secara kritis, mampu meneroka dan mewujudkan jaringan kerjasama dan memiliki profesionalisme sekaligus meningkatkan kebolehpasaran graduan yang lebih tinggi hingga ke peringkat antarabangsa,”katanya dalam satu kenyataan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI