PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir berlaku di beberapa negeri di Malaysia pada Aidiladha ini.
Menurut MetMalaysia menerusi laman sosialnya, beberapa negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, dan Sarawak.
Hanya Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal tiada hujan sepanjang hari
Terdapat tiga negeri yang dijangka hujan sepanjang hari iaitu Sarawak, Sabah dan Perak.
Bagi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diramal hujan pada waktu pagi.
Negeri pantai timur pula iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan menerima hujan pada waktu petang dan malam, Isnin ini.- KOSMO! ONLINE.