fbpx

Harimau Malaya perlu ‘panjat’ ranking

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU MALAYA perlu berusaha untuk meningkatkan ranking dengan meraih kemenangan ke atas lawan yang lebih baik pada aksi persahabatan nanti.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui terdesak untuk menaikkan ranking skuad Harimau Malaya agar sempat untuk di tempatkan dalam Balang 1 pada undian kelayakan Piala Asia 2027 tahun depan.

Berdasarkan ranking semasa, skuad negara kendalian Kim Pan-gon ketika ini berada di Balang 2 selepas menduduki tangga ke-138 dunia selain Filipina, Turkmenistan, Afghanistan, Singapura dan Yaman.

Susulan itu, FAM melihat Harimau Malaya berpotensi untuk mendaki carta ranking dunia andai berjaya meraih keputusan positif pada tiga jendela antarabangsa bulan September, Oktober dan November depan.

Malah, skuad kebangsaan mampu mengutip mata tambahan sekiranya tampil cemerlang pada kempen Piala AFF 2024 meskipun jumlah tawaran mata dalam kejohanan itu tidak begitu tinggi kerana di luar kalendar FIFA.

Jika Malaysia berjaya memasuki Balang 1, mereka dapat mengelak pasukan ranking lebih tinggi seperti Syria (89), Tajikistan (92), Thailand (101), Vietnam (115), Lubnan (120) dan India (121).

Situasi ini cukup penting memandangkan hanya enam juara kumpulan peringkat kelayakan dapat lolos meraih slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2027 yang akan berlangsung di Arab Saudi.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihaknya sedang merangka pelan komprehensif untuk mendapatkan lawan yang bagus dalam usaha meningkatkan lagi ranking sebelum majlis undian pada awal tahun depan.

“Pihak FAM berusaha untuk menjemput pasukan (berkualiti) pada Pestabola Merdeka nanti. Selain itu, kita pun ada bincangkan untuk memastikan skuad negara mendapat aksi persahabatan dengan negara yang ranking tinggi pada aksi persahabatan antarabangsa.

“Situasi ini cukup penting supaya kita dapat masuk Balang 1 untuk undian itu nanti,” katanya ketika ditemui.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN