fbpx

‘Hang Tuah’ bakal tarik 100,000 pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Ali Mohd. Rustam ditemani Ab. Rauf Yusoh dan Tiong King Sing melihat salah sebuah kenderaan klasik Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Pix/AMRAN MULUP

MELAKA – Kerajaan negeri menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung menyaksikan tiga acara besar yang berlangsung serentak di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, tiga acara yang berjalan serentak adalah Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor, Pameran Hang Tuah dan Malaysia Bike Week Melaka (MBWM) 2024.

Menurutnya, antara yang menjadi perhatian pengunjung dan pelancong adalah pameran 37 koleksi Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor untuk tatapan umum bermula dari Jumaat sehingga Selasa ini.

“Pameran Hang Tuah juga turut menjadi perhatian pengunjung berdasarkan penemuan-penemuan baharu kehebatang Hang Tuah dipamerkan dalam bentuk ilmiah dan akademik,” katanya selepas acara perasmian ketiga-tiga acara itu oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr. Mohd. Ali Mohd. Rustam di sini hari ini.

Tambahnya, pameran Hang Tuah akan berlangsung selama sebulan sehingga 7 Julai sementara Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor pula sehingga Selasa manakala MBWM pula sehingga esok.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI