PETALING JAYA – Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menegaskan kejadian simbahan asid yang menimpa penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim adalah ‘bersebab’.
Jelas beliau, kejadian yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia tersebut berlaku ternyata mempunyai sebabnya yang tersendiri dan meminta agar pemain utama Selangor FC itu kembali bertenaga dan kuat semula untuk ke kancah bola sepak negara.
“Kembali kuat Faisal Halim, apa yang berlaku ini tentunya ada sebabnya. Allah buat ada sebab.
“Awak akan kembali lagi dengan lebih kuat, sabar dan percaya.
“Fokus kepada pemulihan semula dan kami akan setia menunggu awak untuk kembali dengan lebih kuat lagi,” tulis beliau di Instastory malam ini. – KOSMO! ONLINE.