fbpx

Euro 2024: Al-Nassr tawar Van Dijk kontrak mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DIJK memasuki tahun terakhir kontraknya di Anfield menyebabkan Al-Nassr bersedia mendapatkannya. - AFP

LONDON – Liverpool berdepan kemungkinan kehilangan khidmat ketua pasukan yang juga tonggak di benteng pertahanan, Virgil Van Dijk yang berjaya menarik minat Bayern Munich dan kelab dari Arab Saudi, Al-Nassr.

Laporan dari Sepanyol mendedahkan bahawa, pasukan perunding dari Al-Nassr telah mengadakan pertemuan dengan wakil Van Dijk untuk melihat potensi perpindahan sambil mengemukakan tawaran untuk menjadikannya pemain pertahanan dengan bayaran paling mahal di dunia.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Belanda itu sebelum ini mengesahkan fokusnya untuk kekal beraksi di Liverpool musim depan dan teruja untuk beraksi di bawah kendalian pengurus baharu, Arne Slot.

“Saya masih mempunyai kontrak selama setahun di Anfield. Saya merupakan ketua pasukan dan jelas teruja dengan kehadiran pengurus baharu serta tidak sabar beraksi untuk musim depan,” katanya dalam satu temu bual bulan lalu.

Selepas berhijrah menyertai Liverpool dari Southampton pada musim 2017/18, bekas pemain Celtic itu sudah membuat 270 penampilan bersama The Reds dan meraih trofi Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga Inggeris dan Piala Kelab Dunia.

Ketika ini, Van Dijk menerima pendapatan mingguan sebanyak £200,000 (RM1.2 juta) dan pemain Bayern, Matthijs de Ligt menjadi pemain pertahanan yang meraih pendapatan terbesar dengan £416,000 (RM2.5 juta) seminggu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI