fbpx

Empat sepupu sesat 3 jam di Bukit Maras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat sepupu yang tersesat hampir tiga jam di Bukit Maras, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Keterujaan empat sepupu pertama kali mendaki Bukit Maras di sini bertukar cemas tersesat hampir tiga jam di kawasan rekreasi terkenal tersebut hari ini.

Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia 20-an itu menyedari tersesat sewaktu menuruni bukit berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

Keempat-empat mangsa yang berasal dari Kota Bahru hanya berjaya keluar dari Bukit Maras setelah diselamatkan pasukan mencari dan penyelamat (SAR) pada pukul 5.30 petang.

Salah seorang mangsa, Shahrul Amin Nozi, 21, berkata, dia dan tiga sepupunya yang teruja melihat keindahan panorama puncak Bukit Maras di media sosial telah memulakan pendakian pada pukul 6.50 pagi.

Pelajar sebuah institusi pengajian tinggi itu berkata, mereka tiba di pucak bukit berkenaan kira-kira dua jam kemudian sebelum menghabiskan masa di kawasan itu sehingga tengah hari.

“Kami mula panik apabila denai yang sepatutnya dilalui untuk menuruni bukit terhalang oleh pokok tumbang.

“Tiada sebarang papan tanda ditemui di laluan alternatif menyebabkan kami buntu sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa untuk meminta pertolongan,” katanya ketika ditemui di kaki Bukit Maras di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pasukan SAR berjaya menemukan keempat-empat mangsa pada jarak kira-kira lima kilometer dari tangki air Bukit Maras pada pukul 2.30 petang.

“Kesemua mangsa kemudiannya dijaya dibawa menuruni Bukit Maras dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda pada pukul 5.30 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI