fbpx

Empat jelitawan datin ‘mi segera’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia rahsia llahi. Ini beberapa artis wanita terkenal tanah air yang ibarat menerima ‘durian runtuh’ selepas berkahwin dengan lelaki berstatus datuk.

BAGI setiap wanita, mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang tepat, mampu memberi nafkah dan menjaga dengan penuh kasih sayang adalah perkara paling diimpikan.

Bukan sahaja orang biasa, selebriti tanah air pasti mengimpikan hal sama.

Dimanjakan suami dan keperluan diri dipenuhi, pastinya itu dimahukan semua wanita bergelar isteri.

Bukan itu sahaja, memegang status datin selepas mendirikan rumah tangga juga ibarat ‘naik pangkat’ untuk mana-mana wanita yang turut dilalui beberapa selebriti terkenal tanah air.

Gala minggu ini menampilkan beberapa artis wanita terkenal tanah air yang ibarat menerima ‘durian runtuh’ selepas berkahwin dengan suami berstatus datuk.

Intan Najuwa

Intan Najuwa, sepotong nama yang kerap menjadi bahan bualan netizen ketika ini. Lakukanlah apa sahaja, pasti akan tular dan mencuri perhatian ramai.

Mengimbau semula, pada 18 Ogos 2023, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman dalam sebuah majlis tertutup serba mewah di sebuah resort di Desaru Coast, Johor.

Bergelar isteri kepada Ahmad Azraf sekali gus memberi gelaran datin buat pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu.

Sejak mendirikan rumah tangga, kehidupannya sebagai isteri sering mencuri perhatian ramai termasuk gaya hidup mewah seperti aktif dalam sukan kuda dan membeli-belah jenama mewah.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini Intan turut mendedahkan tidak menjalani sebarang penggambaran drama selepas suaminya meminta dia hanya menghabiskan masa bersama di rumah.

Atikah Suhaime

Seperti rezeki jatuh dari langit. Itu gambaran orang ramai terhadap perjalanan hidup pelakon kelahiran Singapura, Datin Atikah Suhaime ketika ini.

Masakan tidak, pada 21 Januari lalu, dia selamat mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun iaitu Datuk Lokman Teh dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara.

Perkahwinannya ‘direstui’ ramai kerana berpendapat Atikah tidak pernah menunjuk kemewahan keluarga Lokman dalam media sosial.

Dia juga mengakui kini masih lagi dalam fasa membiasakan diri dengan gelaran datin yang dimilikinya selepas berkahwin.

Baginya, banyak perkara perlu dilakukan bagi membuatkan dirinya benar-benar layak untuk menggalas gelaran tersebut.

Namun, baru-baru ini, Atikah sempat mencuri perhatian apabila memuat naik momen manis menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah daripada suami tercinta.

Eina Azman

Mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014, Eina Azman sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Perkahwinan tersebut sekali gus membawa gelaran Datin Paduka kepada pelakon drama The Maid itu.

Setahun mendirikan rumah tangga, Eina dan Kaiser dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Kini, kehidupannya bukan sahaja sebagai pelakon tetapi dikenali sebagai cef selebriti kerana kerap memuat naik konten memasak dalam akaun media sosialnya.

Sejak mendirikan rumah tangga, Eina juga turut memperlahankan aktiviti seninya dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga.

Elvina Mohamad

Seorang lagi selebriti wanita yang bergelar datin selepas berkahwin ialah Elvina Mohamad.

Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Mohd. Haniff Borhan pada 18 Mac 2028, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Karl Mateen dan Ean Maleeq.

Meskipun sudah hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga, Elvina memilih enggan terlampau menonjolkan kebahagiaan secara umum kerana menyedari bukan semua senang melihat kegembiraan orang, selain ingin mengelakkan perkara tidak diingini.

Sebelum ini, pada Disember 2018, Elvina yang sedang dalam berpantang anak pertama pernah mendedahkan wujud pihak ketiga cuba mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.
Isu tersebut bagaimanapun membuatkan hubungan mereka lebih akrab dan menganggap komunikasi adalah perkara paling penting dalam kehidupan rumah tangga.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI