BEIJING – Pengawal Pantai China menguatkuasakan undang-undang baharu bermula hari ini di mana mereka mendakwa boleh menangkap warga asing yang menceroboh perairan tuntutan bertindih di Laut China Selatan.
Menurut pihak berkuasa berkenaan, penahanan boleh dilanjutkan sehingga 60 hari jika melibatkan ‘kes rumit’.
“Kapal-kapal asing yang memasuki secara haram perairan wilayah China dan perairan bersebelahan (Laut China Selatan) boleh ditahan.
Beijing menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan dan mengetepikan tuntutan oleh sebilangan negara Asia Tenggara termasuk Filipina.
China mengerahkan kapal Pengawal Pantai dan bot lain untuk meronda perairan tersebut serta menukar beberapa terumbu dan beting pasir menjadi pulau buatan manusia. – AFP