fbpx

Aliran trafik di semua lebuh raya utama sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV LLM memaparkan keadaan trafik di Plaza Tol Gombak dan di Lebuh Raya Plus Selatan di KM 276.1 Nilai-Seremban setakat pukul 9 pagi ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan dan sesak setakat pukul 9 pagi ini ekoran berlakunya pertambahan kenderaan untuk pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha, Isnin ini.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuh Raya (LLM), di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) trafik mulai sesak di plaza tol Gombak menghala ke Genting Sempah sehingga ke Bentong.

Aliran trafik yang tinggi menyebabkan kenderaan bergerak perlahan dan penggunakan boleh menjangkakan kelewatan lebih satu jam untuk menuju destinasi ke arah Pantai Timur.

Dalam pada itu, aliran trafik di Lebuh Raya Plus Utara @ E1 juga dilaporkan tinggi dari arah Utara dari Bidor bermula dari Rawang seterusnya ke Bidor dan Tapah ekoran pertambahan kenderaan.

Di Lebuh Raya Plus Selatan @ E2 mendapati, trafik dilaporkan lancar di Nilai ke Bandar Ainsdale ekoran pengaktifan ‘smartlane’ di KM 280.0 – KM 276.30 arah Selatan.

Bagaimanapun pertambahan kenderaan di lebuh raya yang sama menyebabkan aliran trafik kembali sesak bermula di KM276.1 hingga KM281.7 Nilai-Seremban.

Terdahulu Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd. Aseral Jusman mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1445H/2024M pada Isnin iaitu 17 Jun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI