fbpx

8 universiti di Malaysia tersenarai top 15 terbaik Asean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ranking 15 universiti terbaik Asean yang dikeluarkan QS Top University.

PETALING JAYA – Sebanyak lapan buah universiti di Malaysia tersenarai dalam 15 universiti terbaik di Asia Tenggara menurut satu kajian yang dijalankan laman sesawang QS Top Universities.

Menurut laman sesawang tersebut, bagi tahun 2024, Universiti Malaya berada pada tangga ke-3 universiti terbaik di Asean manakala berada di tangga ke-60 dunia di belakang Universiti Nasional Singapura yang berada di tangga pertama manakala Universiti Teknologi Nanyang juga dari Singapura di tangga kedua.

Jelas laman terbabit, Universiti Malaya turut berada di tangga ke-11 universiti terbaik di Asia.

Selepas Universiti Malaya, empat lagi universiti awam turut tersenarai di tangga ke-4 hingga ke-8 terbaik di Asean dengan turutan Universiti Kebangsaan Malaysia (138 terbaik dunia), Universiti Sains Malaysia (146), Universiti Putra Malaysia (148) dan Universiti Teknologi Malaysia (181).

Turut tersenarai dalam top 15 universiti terbaik di Asean adalah tiga buah universiti swasta Malaysia iaitu berada di tangga ke-11, Taylor’s Universiti (251), di tangga ke- 13; UCSI University (265) dan ditangga ke-14 adalah Universiti Teknologi Petronas (269). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI