fbpx

11 mangsa keracunan makanan masih dirawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly bersama penerima pek program itu di Puncak Alam, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Seramai 11 mangsa yang mengalami gejala keracunan makanan selepas memakan sarapan pada Program Kemahiran Amal Islami (Kamil) Peringkat Daerah Gombak, Sabtu lalu masih menerima rawatan di wad hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua individu itu bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, seramai 105 mangsa telah menerima rawatan selepas mengalami gejala keracunaan setakat ini.

“Kita telah mengesan bakteria Salmonella dalam sampel najis yang diambil berkaitan kes berkenaan.

“Namun, kita masih menunggu lanjutan keputusan sampel lain daripada individu yang ditahan di wad. Buat masa ini, kita kenal pasti keracunan makanan berpunca daripada Salmonella,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Pek Kasih Mama Shopee di Puncak Alam di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang bayi berusia dua tahun dan lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas mengalami cirit-birit akibat makan bihun dan telur yang dibawa pulang daripada program sebuah sekolah.

Seramai 82 daripada 247 pelajar 30 sekolah yang terlibat dalam program Kamil itu dilaporkan mengalami gejala keracunan makanan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI