fbpx

11 individu direkod keterangan kes rompak kedai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berbadan gempal yang bersenjatakan pistol ketika merompak kedai emas di Pelabuhan Klang semalam.

KLANG – Seramai 11 individu direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes rompakan bersenjata kurang seminit di sebuah kedai emas di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kesemua mereka melibatkan pekerja dan pelanggan yang berada di premis berkenaan ketika kejadian.

“Siasatan lanjut kes berkenaan masih dijalankan secara menyeluruh. Tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan usaha mengesan suspek terlibat sedang dipergiatkan,” katanya petang ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 iaitu melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan.

“Polis meminta kerjasama ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang perompak lelaki berbadan gempal bersenjatakan pistol mengambil masa kurang seminit sebelum melarikan beberapa barangan kemas bernilai RM27,000 di kedai emas tersebut.

Dalam kejadian pukul 4.15 petang itu, suspek yang bertopi keledar turut melepaskan dua das tembakan ke lantai dan melarikan dua beg tangan milik pelanggan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI