fbpx

[VIDEO] Pengunjung panik Genting Sky Avenue terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsi Nur Najihah memaparkan keadaan Genting Sky Avenue yang dilaporkan terbakar petang ini.

PETALING JAYA – Lebih 5,000 orang terdiri daripada pengunjung dan pekerja panik serta terkejut apabila pusat beli-belah Genting Sky Avenue dilaporkan terbakar pada pukul 4.50 petang tadi.

Difahamkan, pihak bomba sudah tiba di lokasi kejadian dan sedang memadam api.

Menurut seorang pekerja, Nur Najihah Abdul Halim, 26, semua pengunjung dan pekerja diarahkan untuk keluar dari premis bagi memastikan keadaan terkawal.

Menurutnya, semua pengunjung diminta berkumpul di kawasan parkir bas sehingga pengumuman lanjut diberitahu.

“Lebih 5,000 pelancong terpaksa keluar dan menunggu arahan seterusnya. Kami (pekerja) perlu menutup semua kedai.

“Perkhidmatan kereta kabel terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Buat masa ini kami diarahkan untuk berada jauh dari bangunan dan masih menunggu arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Walau bagaimanapun, punca sebenar kebakaran masih belum diketahui. Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI