fbpx

Tiada lagi Ustaz Don dalam Salam Baitullah – Suhaimi Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar siaran program Salam Baitullah yang disiarkan malam tadi.

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid atau Ustaz Don tidak lagi mengendalikan program Salam Baitullah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, program yang berbaki empat episod itu tidak akan menampilkan pendakwah terbabit susulan kenyataan Ustaz Don di dalam program tersebut yang mendapat pertikaian orang ramai.

“Program tersebut mempunyai empat episod sahaja lagi yang tinggal, tidak ada lagilah (penampilan Ustaz Don) sebelum Raya Haji.

“Kita sudah menasihatkan beliau, bawa berjumpa dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan bermacam pihak berautoriti hendak membantu supaya diberi peluang dan ada keinsafan,” katanya di sini hari ini.

Ditanya sama ada Ustaz Don sudah dimaklumkan mengenai tindakan itu, Suhaimi berkata, beliau sendiri sudah menghubungi Ustaz Don dan memaklumkan perkara tersebut.

“Saya harap dia fahamlah kenapa, apabila saya buat keputusan saya (sendiri) akan beritahu individu itu,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Ustaz Don di dalam program Salam Baitullah mendapat pertikaian apabila berkongsi hadis yang mengatakan memandang pada wajah guru, lebih baik dari menyedekahkan 1,000 ekor kuda di jalan Allah.

Sebelum ini, Ustaz Don telah direhatkan susulan daripada program Salam Baitullah yang sinonim dengan musim ibadah haji, ekoran beberapa kontroversi yang terpalit dengan dirinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI