fbpx

Tarik lesen, batal syarikat jika naik tambang bas – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, memberi amaran kepada pengusaha bas untuk tidak menaikkan tambang bas susulan penyasaran subsidi diesel baru-baru ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amaran itu membabitkan pengusaha bas yang menerima manfaat penyasaran subsidi berkenaan.

Katanya, sekiranya itu berlaku tindakan penarikan lesen dan pembatalan syarikat bas berkenaan akan dilaksanakan.

Jelasnya, tindakan itu tidak seharusnya berlaku memandangkan mereka menerima subsidi diesel menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

“Kamu (pengusaha) diberi subsidi minyak dan kamu naik (tambang), kamu jaga. Saya tidak tahu orang lain tapi kalau saya, kalau kamu naik (tambang) juga dengan keadaan kamu dapat subsidi, kami tarik lesen kamu, batalkan syarikat kamu. Kalau tak anak kita di sekolah terbeban,” katanya ketika berucap dalam Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI