fbpx

So sorry have to rest you – Suhaimi Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan terbaharu Suhaimi di laman X hari ini.

PETALING JAYA – Ciapan terbaharu Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman hari ini sekali lagi mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial.

Ini kerana, menurut hantarannya itu, seseorang bakal ‘direhatkan’ sekali lagi walaupun telah diberi peluang sebelum ini sekali gus menimbulkan persoalan siapakah individu terbabit.

Katanya, individu berkenaan yang tidak disebut namanya perlu mempunyai kawalan diri mantap selain tidak perlu menunjukkan diri sendiri seperti mangsa keadaan.

“Bila dah bagi peluang, dah consult authority (berunding dengan pihak berkuasa) dan ahli agama, dah remind (ingatkan) apa yang boleh cakap dan apa yang tak boleh, kenalah pandai jangkakan respon dari penonton.

“Kebijaksanaan kena ada, kawalan diri kena mantap. Don’t play victim (jangan tunjukkan diri itu adalah mangsa). So sorry have to rest you. (Maaf terpaksa rehatkan anda). Maaf semua, bertahanlah ‘team’,” ciapnya.

Dalam ciapan berbeza pula, Suhaimi membalas kepada respon pengikutnya yang meminta untuk beliau ‘mengeluarkan’ individu tersebut kerana telah memberi peluang sebanyak dua kali.

“Rest (rehat) tu maknanya tak keluarlah. Kontrak saya pun dah nak tamat,” ciapnya.

Sebelum ini, negara dikejutkan dengan pengumuman Suhaimi di aplikasi X tentang pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal ‘direhatkan’ daripada program yang sinonim dengan musim ibadah haji, Salam Baitullah ekoran beberapa kontroversi yang terpalit dengan dirinya.

Ujarnya, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal bin Don Biyajid, 40, ‘direhatkan’ untuk meredakan keadaan yang tegang di platform media sosial.

Ustaz Don dilapor direhatkan daripada mengendalikan program berkenaan susulan penceritaan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang menggunakan hadis tidak bersumber sehingga mengundang kritikan pelbagai pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI