fbpx

Sistem cukai elak negara terus berhutang – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari berucap pada Himpunan Aspirasi Madani AKRAB sebagai Penggerak Perubahan Perkhidmatan Awam di PICC, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Sistem kutipan cukai yang dilaksanakan di negara ini adalah bagi mengelak pentadbiran negara terpaksa berdepan dalam keadaan terus berhutang atau meminjam dana daripada luar negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, dalam konteks ini, negara perlu mengambil tindakan drastik supaya negara tidak terjejas malah merisikokan generasi akan datang.

“Tetapi ada juga pengusaha di luar sana mengambil kesempatan untuk mengelak dari membayar cukai.

“Sebab itu mana-mana agensi kerajaan yang terlibat secara langsung mengutip hasil untuk negara, sebenarnya hasil kita kutip bukan untuk kita, tetapi kutip hasil untuk negara dan generasi akan datang,” katanya dalam sesi soal jawab pada Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan berhubung langkah kerajaan menambah bilangan pembayar cukai berbanding meningkatkan kadar cukai sedia ada.

Beliau yang juga Bekas Menteri Kewangan II berkata, banyak perkara yang dilaksanakan tidak boleh bertahan lama jika bersandarkan kepada hutang.

Katanya, perkara sama perlu dilakukan dalam sesebuah jabatan dengan melaksanakan perubahan jika boleh menjalankan tanggungjawab dengan efisyen, konsisten dan berdisiplin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI