fbpx

Setia sampai mati, tunggu abang balik – Lelaki larikan Honda City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH dibawa keluar selepas didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Raub, Pahang hari ini.

RAUB – “Setia sampai mati, tunggu abang balik,” itu reaksi tertuduh Shahrul Ezwan Nordin selepas didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Raub hari ini.

Tertuduh yang berumur 40 tahun dan memiliki tiga orang anak menyatakan mesej tersebut kepada isterinya.

Dia mendakwa amat menyayangi isterinya yang telah dikahwini selama lapan tahun tetapi tidak dapat menghubungi ibu kepada empat anaknya sejak ditahan.

“Khabar ke dia setia, tunggu saya keluar penjara, saya buat saya tanggung, saya risau dia tidak tahu saya dimana,”katanya.

Tertuduh yang terlibat dalam kejadian curi kereta jenis Honda City di Kuantan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan iaitu memiliki senjata berjadual, menceroboh rumah dan menggunakan dadah.

Tertuduh yang kelihatan tenang dan senyum mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan dan dikenakan hukuman penjara selama lapan bulan bagi kesalahan menceroboh.

Bagi kesalahan memiliki senjata berjadual hukuman akan ditetapkan pada 27 Jun ini manakala bagi kesalahan menggunakan dadah sebutan semula pada 11 September depan.

Difahamkan tertuduh yang beralamat di Indera Sempurna Kuantan akan dituduh di Kuantan dalam masa terdekat atas kesalahan mencuri kereta Honda City dan motosikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI