fbpx

Sektor binaan tidak boleh naik harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Sektor pembinaan antara yang menyumbang kepada ketirisan dan penyalahgunaan dua bilion liter diesel subsidi bernilai RM3 hingga RM3.5 bilion setahun menerusi sistem yang telah dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hal itu kerana beberapa sektor termasuk pembinaan sebenarnya tidak layak untuk menerima pemberian subsidi diesel.

Sebaliknya, beliau berkata, sektor berkenaan seharusnya bertemu dengan pengeluar minyak diesel untuk berunding harga berpatutan.

“Peringatan kepada sektor tertentu seperti pembinaan, mereka sebelum ini memang tidak layak dapat subsidi diesel, tetapi sekiranya ada mana-mana syarikat seperti itu yang membuat kenyataan terpaksa naikkan harga barang atas sebab ini, itu adalah satu kesalahan.

“Saya difahamkan beberapa syarikat terlibat telah dipanggil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk berikan penjelasan. Pihak KPDN akan tingkatkan penguatkuasaan berhubung perkara ini.

“Penyalahgunaan subsidi diesel ini untuk tujuan mengaut keuntungan adalah tindakan tidak bermoral dan salah di sisi undang-undang, ia satu perbuatan jenayah,” katanya selepas menghadiri Program Sembang Santai Bersama Komuniti Madani Parlimen Pulai, di Taman Desa Rahmat, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI