fbpx

Plus tambah baik tandas awam di 32 lokasi sempena raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tandas awam di 32 lokasi di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah serta plaza tol terpilih telah ditambah baik bagi kemudahan dan keselesaan orang awam.

Plus Malaysia Berhad (Plus) dalam kenyataannya berkata, antara plaza tol terpilih adalah di Restoran Jejantas Sungai Buloh, R&R Machap (arah Utara) dan Hentian Sebelah Pedas Linggi (kedua-dua arah).

Selain itu, ujarnya plaza tol terpilih lain termasuklah Hentian Sebelah Tangkak (kedua-dua arah), Hentian Sebelah Bukit Gantang (kedua-dua arah), serta di beberapa lagi lokasi lain.

“Pada masa yang sama, Plus juga sedang menjalankan kerja-kerja menambah baik kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara), Hentian Sebelah Sungai Buloh (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Juru (Arah Utara).

“Di lokasi-lokasi tersebut, Plus turut menyediakan tandas-tandas sementara untuk kegunaan orang ramai pada musim perayaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Plus, orang ramai diminta memberikan kerjasama dengan merancang perjalanan dan menggunakan kemudahan tandas awam yang turut disediakan di plaza-plaza tol atau kawasan rehat
terdekat.

“Maklumat trafik boleh didapati dengan mengikuti X@PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik di lebuh raya dan menerusi saluran stesen radio utama negara.

“Plus turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Aplikasi PLUS, Aplikasi Waze atau Google Maps untuk merancang perjalanan dan mendapatkan pelan perjalanan pada musim perayaan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI