fbpx

Piala FA: Penang FC tambah derita Tok Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapten Sri Pahang, Fadhli Shas melakukan percubaan ke kubu gol Penang FC pada aksi Piala FA sebentar tadi. - Foto ihsan Sri Pahang

PETALING JAYA – Pasukan Penang FC berjaya mara ke pusingan suku akhir Piala FA 2024 selepas menewaskan Sri Pahang menerusi penentuan penalti 4-3 pada aksi di Stadium MP Temerloh sebentar tadi.

Pada saingan itu, skuad Tok Gajah dilihat menguji gawang pelawat terlebih dahulu seawal minit ke-2 tetapi sepakan percuma yang diambil oleh Stefano Brundo berjaya ditepis penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel/

The Panthers kemudian mempamerkan corak permainan menarik apabila mendominasi perlawanan sebelum berjaya mendahului saingan pada minit ke-40 menerusi penyudah Nabil Ahmad Latpi.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad Sri Pahang kendalian Fandi Ahmad berusaha untuk bangkit dengan mencari gol penyamaan.

Peluang yang dinantikan skuad tuan rumah akhirnya tiba menerusi ledakan pemain import dari Ukraine, Mykola Agapov pada minit ke-79 dengan aksi terpaksa diheret ke masa tambahan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sepanjang 30 minit masa tambahan tetapi gagal melepasi jaringan untuk memburu gol kemenangan sekali gus perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Dua pemain Sri Pahang, Agapov dan Fadhlis Shas gagal menyudahkan sepakan penalti sekali gus menyaksikan pasukan pelawat melakar kemenangan 4-3 selepas kedudukan berakhir seri 1-1.

Penang FC akan bertemu seteru tradisi, Kedah Darul Aman FC pada aksi suku akhir Piala FA nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI