fbpx

Perunding acara konsert goyang didakwa ‘songlap’ duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang merupakan perunding pengurusan acara didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahguna wang berjumlah lebih RM200,000 berhubung penganjuran Konsert Goyang Asli Asia-Koplo Milenia tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Rabiatul Adawiyah Izzaddin, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, Rabiatul Adawiyah didakwa telah mengambil wang milik Syarikat Mission Sight Sdn. Bhd. berjumlah RM237,370. bagi menguruskan Konsert Goyang Asli Konsert Goyang Asli Asia-Koplo Milenia.

Namun tertuduh gagal berbuat demikian serta menggunakan wang tersebut bagi kegunaan sendiri yang mana tertuduh tahu wang tersebut bukan miliknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di padang Equestrian di sini, Bukit Kiara di sini antara 7 Mac hingga 15 Mac 2023.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Azahan menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Bernard Francis yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya menanggung empat orang anak berusia tiga hingga lapan tahun.

“Keadaan kewangan tertuduh juga tidak stabil selain suaminya juga turut diisytihar muflis. Sepanjang siasatan dilakukan tertuduh memberikan kerjasama yang baik,” kata peguam itu

Selepas mendengar makluman dan permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Azrul kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 17 Julai ini ditetapkan sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI