fbpx

Pemuda rampas telefon bekas kekasih kerana cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan seorang wanita menggunakan telefon bimbit di Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA  –  Seorang pemuda didenda oleh sebuah mahkamah di Singapura kerana didapati bersalah menggunakan kekerasan untuk merampas telefon bimbit milik bekas kekasihnya, lapor portal berita Channel News Asia. 

Warga Singapura berusia 31 tahun, Kalidasan Panneer Selvam didenda S$800 (RM2,787) semalam.

Mahkamah diberitahu bahawa Selvam yang bekerja sebagai seorang juruteknik kabel, menjalinkan  hubungan cinta dengan mangsa, 38, sehinggalah  mereka berpisah pada Mei 2022.

Pada 6 Jun 2022, dia menunggang motosikalnya menuju ke pejabat wanita itu dengan harapan dapat bertemu dengan mangsa.

Sebaliknya, dia melihat bekas teman wanitanya menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 36 tahun.

Kalidasan kemudian mengetuk cermin kereta tersebut. Bekas kekasihnya keluar daripada kenderaan dan Selvam menyoalnya tentang lelaki itu.

Apabila diberitahu lelaki berkenaan  adalah  kawan bekas kekasihnya, Selvam menjadi marah dan cemburu. Dia mula menjerit dan memaki mangsa.

Selvam  merampas telefon wanita itu daripada  tangan mangsa sebelum berlari ke bangunan berhampiran.

Dia membaca mesej dan melihat foto dalam telefon bimbit mangsa untuk mengetahui sama ada wanita itu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Selvam kembali beberapa minit kemudian dan terus menjerit, manakala wanita berkenaan meminta telefon bimbitnya kembali.

Dia tidak memulangkan  telefon bimbit mangsa  sebaliknya membawa peranti  itu bersamanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI