fbpx

Pelanggan kalung bunga dapat ‘pelayan’ satu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara GRO warga asing yang ditahan di Leboh Gopeng, Klang malam tadi. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KLANG – Bida kalungan bunga sehingga RM500 sebelum menawarkan khidmat seks antara modus operandi digunakan pelayan pelanggan (GRO) warga asing di dua pusat hiburan di Leboh Gopeng di sini.

Perkara itu terbongkar menerusi penahanan 25 GRO berusia 24 hingga 40 tahun menerusi Serbuan Ops Gegar kira-kira pukul 10 malam tadi.

Tawaran seks di luar premis tersebut bergantung kepada permintaan dan bayaran diberikan pelanggan dengan aktiviti dilakukan selepas tamat operasi perniagaan bermula pukul 1.30 pagi.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, kejayaan itu hasil risikan pihaknya selama dua minggu terhadap aktiviti tidak bermoral di dua premis tersebut.

“Hasil operasi menahan seramai 13 wanita warga Vietnam dan 12 warga Thailand.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 24 daripada masuk menggunakan pas lawatan sosial dan seorang lagi pas lawatan (kerja sementara) sebagai pembantu rumah,” katanya.

Difahamkan kesemua warga asing tersebut baharu memasuki negara ini sejak sebulan lalu.

Khairrul Aminus turut menjelaskan salah sebuah premis berkenaan juga pernah diserbu pihaknya pada dua tahun lalu.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! mendapati semasa operasi dilaksanakan didapati segelintir wanita tersebut cuba bertindak kasar selain beberapa cubaan

melarikan diri melalui pintu belakang namun gagal.

Bukan itu sahaja, serbuan imigresen itu juga menjadi ‘tumpuan’ warga tempatan yang juga pengunjung premis serta yang berada berhampiran untuk merakam kehadiran pihak berkuasa itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI