fbpx

Pasukan terbaik dunia uji Speedy Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPEEDY Tigers akan menguji kemampuan dengan menentang empat pasukan terbaik dunia pada aksi Jelajah Eropah nanti. - FB MHC

SELEPAS kembali daripada tugasan pada Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara FIH di Gniezno, Poland, skuad hoki lelaki kebangsaan akan membuat persiapan bagi menghadapi aksi Jelajah Eropah yang dijadualkan bermula 1 Julai depan.

Aksi jelajah selama dua minggu itu akan menyaksikan Speedy Tigers membuat perhitungan dengan empat pasukan terbaik dunia, iaitu Belanda, Belgium, Jerman dan India dalam tujuh aksi persahabatan yang sudah dirancang.

Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Sarjit Singh berkata, pemain-pemain akan diberikan rehat beberapa hari sebelum kembali menjalani latihan 18 Jun ini dan dijadualkan berlepas ke Eropah pada 28 Jun.

“Pemain-pemain akan diberikan rehat sekejap kerana baru pulang ke tanah air dari Poland. Mereka akan kembali menjalani menjalani latihan pada 18 Jun, iaitu sehari selepas sambutan Hari Raya Haji,” katanya.

Berdasarkan jadual yang sudah dirangka, Malaysia akan beraksi menentang Belgium sebanyak tiga kali pada 1, 3 dan 5 Julai sebelum bertemu Jerman (7&9 Julai) selain masing-masing satu perlawanan menentang Belanda (12 Julai) dan India (14 Julai).

“Ketika di sana nanti, India juga ada melakukan beberapa siri persahabatan dalam tempoh tersebut. Kami gembira kerana mereka bersetuju memenuhi permintaan kita untuk mengadakan perlawanan,” tambah Sarjit.

Sementara itu, mengulas prestasi pasukan negara yang sekadar menamatkan aksi Piala Negara-Negara FIH baru-baru ini di tempat ketujuh, beliau percaya anak-anak buahnya sudah memberikan yang terbaik selain perlu memperbaiki kerapuhan benteng pertahanan.

Pada masa sama, Sarjit juga percaya pemain-pemain negara masih perlu memperbaiki kemahiran dari segi pukulan sudut penalti (PC) bagi memastikan pasukan tidak mensia-siakan peluang jika berada dalam situasi tersebut.

“Walaupun keputusan tidak memihak kepada kita (Piala Negara-Negara FIH), namun saya fikir pemain-pemain sudah menampilkan aksi cukup baik kerana sentiasa menjaringkan gol dalam setiap perlawanan, cuma pertahanan perlu diperbaiki.

“Jika dibuat perbandingan dengan prestasi di Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), kita menjaringkan 20 gol dan bolos 16 manakala pada Piala Negara-Negara, 17 gol dapat dijaringkan selain bolos dengan jumlah sama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI