fbpx

Orang ‘tak nampak’ kedai nasi ayam Shiha Zikir angkara sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shiha kecewa ada yang mengamalkan perkara syirik demi menghancurkan bisnes kedai nasi ayamnya. - AFIQ RAZALI

SHAH ALAM- Kedai ‘ditutup’ angkara sihir dan dipecah masuk antara dugaan yang dialami oleh penyanyi Shiha Zikir sepanjang lebih setahun bergelar tauke Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam.

Menurut Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd. Zikir, 37, dia menyedari restoran miliknya seperti disihir selepas beberapa orang kenalan menghubunginya dan memberitahu kedainya tutup.

“Ada kenalan dan pelanggan yang datang ke restoran bukan sekali tetapi, dua tiga kali tetapi lihat restoran tutup.

“Saya juga selalu dapat panggilan yang bertanyakan waktu restoran dibuka. Walhal restoran saya bukan setiap hari daripada pukul 11 pagi sehingga 10 malam.

“Saya ada keluarga yang turut membuka kedai makan untuk saya kata tidak percaya tidak boleh juga kerana benda berlaku dan bukan seorang dua nampak kedai ditutup,” ujar Shiha.

Selain itu, restorannya yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu juga pernah dipecah masuk.

Meskipun begitu, Shiha masih positif menyifatkan dugaan yang dialaminya sebagai adat dalam dunia perniagaan.

“Apa yang boleh saya lakukan hanyalah berdoa agar Allah permudahkan segala urusan. Saya belum berjumpa ustaz lagi, cuma berhubung di telefon untuk meminta doa yang boleh saya amalkan,” kata Shiha.

Sebagai orang baharu dalam dunia perniagaan makanan, Shiha mengakui kecewa apabila restorannya diganggu secara mistik.

“Saya sedihlah apabila perkara ini berlaku sepatutnya bersainglah secara sihat,” luah Shiha.

Biarpun diuji dengan pelbagai dugaan, perkara tersebut tidak menghalang Shiha untuk membuka cawangan kedua Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di seksyen 7, Shah Alam, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI