fbpx

Muhammad Azeem tidak letak sasaran masa menang kejohanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Azeem (kanan), tenang di tempat pertama acara 200 meter, saringan pada kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Foto oleh SHAIKH AHMAD RAZIF/ KOSMO!

KUANTAN – Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi tidak meletakkan sebarang sasaran masa pada Kejohanan Olahraga Terbuka Cahya Matta Malaysia 2024 di Stadium Darul Makmur yang membuka tirai hingga Ahad ini.

Sebaliknya beliau tetap akan memberikan tumpuan dalam acara 100 dan 200 meter dan akan turun beraksi tanpa tekanan untuk mencatat masa terbaik.

Beliau menyedari tumpuan peminat olahraga sudah pasti mahu atlit berusia 20 tahun itu mencatat masa terbaik untuk layak secara merit beraksi di Sukan Olimpik 2024.

“Saya akan turun tanpa sebarang tekanan kerana tidak meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan di Kuantan ini tetapi kita akan lihat hasilnya di akhir nanti,” katanya ketika ditemui ketika sesi latihan semalam.

Kejohanan Olahraga Terbuka Cahya Matta Malaysia 2024 di Stadium Darul Makmur bermula hari ini hingga Ahad disertai 578 pasukan daripada sembilan buah negara .

Dalam pada itu Muhammad Azeem berkata dia akan memberikan fokus daripada segi mental sebagai persediaan dalam mencatat keputusan terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI