MANILA – Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan polis kerana menumbuk beberapa wanita cantik dalam kejadian di Bandar Cebu, Filipina. lapor portal berita mustsharenews semalam.
Suspek didakwa menumbuk tiga wanita berkenaan dalam tiga kejadian berasingan.
Apabila ditanya tentang motif serangan, suspek berkata, dia tidak suka wanita cantik kerana mereka gemar berpura-pura.
Ketiga-tiga mangsa memfailkan pertuduhan terhadap suspek bagi mengelak serangan selanjutnya, lapor akhbar Cebu Daily News.
Menurut akhbar Manila Bulletin pula, serangan pertama berlaku sekitar pukul 6.35 petang (waktu tempatan) pada 9 Jun lalu.
Lelaki itu menyiku mangsa pertamanya di mata kanan.
Lima minit kemudian, dia menumbuk seorang wanita lain di jalan yang sama, kali ini menyasarkan hidung mangsa.
Lelaki itu menumbuk mangsa terakhirnya di bahagian muka kira-kira pukul 7 malam, menyebabkan wanita berkenaan rebah.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis. – AGENSI