fbpx

Kucing pun pandai catat rekod dunia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bao Zi bermain papan selaju sejauh 10 meter dalam masa 12.85 saat. - Guinness World Records

BEIJING – Seekor kucing di China menempa nama dalam Guinness World Records selepas berjaya bermain papan selaju sejauh 10 meter dalam masa 12.85 saat, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Kucing  baka bulu pendek Amerika bernama Bao Zi itu mencatatkan rekod dunia tersebut pada usia satu tahun dan lapan bulan.

Pemilik haiwan tersebut, Li Jiangtao berkata, dia pada awalnya memelihara Bao Zi untuk menakut-nakutkan tikus di rumahnya.

Bagaimanapun, jurulatih anjing itu kemudian menyedari bahawa Bao Zi mempunyai bakat luar biasa.

“Saya melihat Bao Zi menunjukkan minat untuk bermain papan selaju, jadi saya melatihnya untuk mengembangkan bakat itu,” ujarnya.

Jiangtao bagaimanapun mengakui bahawa melatih kucing adalah lebih mencabar berbanding anjing kerana ia tidak mudah mempelajari sesuatu perkara seperti haiwan itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI