fbpx

Keluarga perlu dapatkan kebenaran mahkamah untuk jaga adik Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik kepada Zayn Rayyan (gambar kecil) akan ditempatkan di institusi kebajikan selama dua bulan.

PUTRAJAYA – Ahli keluarga yang mahu hak penjagaan ke atas adik kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin perlu mendapatkan kebenaran pihak mahkamah.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, kanak-kanak berusia lima tahun itu kini ditempatkan di institusi kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Berapa lama kanak-kanak itu akan ditempatkan di Pusat Jagaan JKM bergantung kepada siasatan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Penutup Makmal Pembangunan Pelan Tindakan Industri Penjagaan di Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan adik kepada Zayn Rayyan akan ditempatkan di institusi kebajikan bagi tempoh dua bulan.

Menurut Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim, terdapat keperluan yang menyebabkan JKM bertindak mengambil kanak-kanak berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI