fbpx

JPV Pulau Pinang keluarkan 1,732 permit sembelihan luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengeluarkan 1,732 permit sembelihan luar melibatkan 5,756 ekor ternakan bagi ibadah korban tahun ini.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan di luar jangkaan memandangkan pada tahun lalu sebanyak 714 permit sembelihan luar melibatkan 3,002 ekor ternakan sahaja yang dikeluarkan pada tahun 2023.

“Peningkatan ini disebabkan kesedaran pemain industri dan kempen yang telah dijalankan oleh pihak JPV negeri.

“Bekalan ternakan ibadah korban di Pulau Pinang dijangka mencukupi dengan lebih kurang 6,000 ekor ternakan ruminan tersedia dan 80 peratus daripadanya adalah ternakan lembu,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saira Banu berkata, kebiasaannya semua penyembelihan perlu dilaksanakan di dalam rumah penyembelihan diluluskan dan rumah penyembelihan dilesenkan di bawah Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993.

“Oleh kerana terdapat permintaan dan peningkatan jumlah penyembelihan bersempena Hari Raya Aidiladha, dengan merujuk kepada Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009, penyembelihan bagi tujuan korban boleh dilaksanakan di luar rumah penyembelihan diluluskan atau rumah penyembelihan dilesenkan.

“Walaubagaimanapun, tempat yang dipilih perlulah bersesuaian, tidak menyebabkan pencemaran dan kacau ganggu kepada orang awam,” katanya.

Tambahnya, penyembelihan luar ini hanya dibenarkan selama empat hari iaitu pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik bermula pada 17 Jun (Isnin) sehingga 20 Jun (Khamis). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI