fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Terengganu, Pahang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di enam negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu tertumpu di Batang Padang dan Muallim di Perak, diikuti Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

“Ribut petir serta hujan lebat diramalkan di beberapa tempat melibatkan Lipis, Bentong dan Rompin di Pahang.

“Sementara itu, cuaca buruk itu turut melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Port Dickson dan Kuala Pilah) diikuti Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Ribut petir serta hujan lebat dijangkakan berlaku di beberapa tempat melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telipud, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) sehingga 5 petang, hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI