fbpx

Euro 2024: Austria idam taktikal ‘genius’ Rangnick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUSTRIA diundi berada dalam kumpulan yang agak sukar bersama Perancis dan Belanda menyebabkan mereka perlu bekerja keras untuk melayakkan diri ke pusingan 16 pasukan terbaik. - AFP

AUSTRIA memasang impian tinggi dalam penampilan mereka menjelang saingan di pentas Euro 2024 apabila berhasrat untuk melangkah peringkat lebih tinggi selepas mara ke pusingan akhir buat kali ketiga berturut-turut.

Penampilan debut Austria pada saingan Euro 2008 dengan status tuan rumah berakhir hambar apabila terkandas di peringkat kumpulan sekali gus terpaksa menanti hampir lapan tahun untuk membuat kemunculan kedua pada edisi 2016.

Penampilan kedua di bumi Perancis itu juga tidak memberi tuah yang diharapkan selepas masih terkandas di peringkat kumpulan sebelum badi tersebut diakhir pada edisi 2020 dengan mara ke pusingan 16 terbaik buat kali pertama.

Justeru, skuad Das Team yang berada di ranking ke-25 dunia itu tekad untuk melakukan terbaik dengan harapan dapat mengulangi pencapaian lepas meskipun diundi dalam kumpulan sukar bersama Perancis, Belanda dan Poland.

Sudah pasti, pengendali dari Jerman, Ralf Rangnick mempunyai strategi terbaik untuk memastikan pasukannya dapat muncul dua negara terbaik untuk raih slot automatik ke peringkat kalah mati nanti.

Rangnick yang telah dianggap sebagai salah seorang pakar taktikal bola sepak Jerman telah membawa 26 pemain terbaik yang dijangka boleh mencipta kejutan pada kempen kali ini.

Marko Arnautovic yang telah menjaringkan 36 gol dalam 112 penampilan antarabangsa dijangka menjadi tonggak utama pasukan khususnya di jentera serangan apabila tirai Euro dibuka pada Sabtu ini.

Cuma, Austria berdepan tamparan hebat selepas kapten pasukan, David Alaba terpaksa disisihkan pada kempen kali ini kerana masih belum pulih daripada kecederaan ACL yang dialaminya, Disember lepas.

Namun, Rangnick gembira dapat memujuk Alaba untuk turut sertai skuad utama terbang ke Jerman selepas diberikan tugas menaikkan motivasi pasukan pada sesi latihan dan hari perlawanan nanti.

“Kami semua sangat kecewa apabila Alaba tidak sempat untuk cergas sepenuhnya membantu pasukan pada kempen Euro kali ini. Saya telah berhubung dengannya sejak beberapa minggu lepas dan dia cukup terdesak untuk ikut ke Jerman.

“Justeru, saya boleh sahkan Alaba akan diberikan peranan untuk memastikan motivasi rakan-rakan sepasukan berada dalam keadaan terbaik kerana dia adalah kapten kami meskipun berada di luar padang.

“Kita telah berbincang dengan Real Madrid dan dia berikan kelulusan buat Alaba untuk ikut bersama pasukan sepanjang kempen Euro nanti,” kata bekas pengendali Manchester United itu.

 

PROFIL AUSTRIA

PASUKAN : Austria
GELARAN : Das Team
KETUA JURULATIH : Ralf Rangnick
KAPTEN : Konrad Leimer
RANKING FIFA: 25
PENCAPAIAN TERBAIK: Pusingan 16 terbaik (2020)
KUMPULAN: Kumpulan D – Perancis, Belanda dan Poland

 

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL
Heinz Lindner (Union SG)
Patrick Pentz (Brondby)
Niklas Hedl (Rapid Wien)
Tobias Lawal (LASK)

PERTAHANAN
Stefan Lainer (Borussia Monchengladbach)
Maximilian Wober (Borussia Monchengladbach)
Stefan Posch (Bologna)
Philipp Lienhart (Freiburg)
Kevin Danso (Lens)
Phillipp Mwene (Mainz 05)
Gernot Trauner (Feyenoord)
Flavius Daniliuc (RB Salzburg)
Leopold Querfeld (Rapid Wien)

TENGAH
Christoph Baumgartner (RB Leipzig)
Nicolas Seiwald (RB Leipzig)
Marcel Sabitzer (Borussia Dortmund)
Florian Grillitsch (Hoffenheim)
Konrad Laimer (Bayern Munich)
Florian Kainz (Cologne)
Romano Schmid (Werder Bremen)
Alexander Prass (Sturm Graz)
Matthias Seidl (Rapid Wien)
Thierno Ballo (Wolfsberger)

PENYERANG
Marko Arnautovic (Inter Milan)
Michael Gregoritsch (Freiburg)
Patrick Wimmer (Wolfsburg)
Marco Grull (Rapid Wien)
Maximilian Entrup (Hartberg)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI