fbpx

Dapat panggilan isteri meninggal selepas selesai tawaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Mohd. Azmil (kanan) bersama Allahyarham Zuraida ketika berada di Mekah.

MEKAH – Pemergian isteri menghadap Illahi secara mengejut semasa menunaikan ibadah haji tidak akan dilupakan sampai bila-bila bagi Mohd Azmil Abdul Hamid.

Bagi lelaki berusia 38 tahun ini, situasi bertambah sedih apabila menerima berita kematian Allahyarham Zuraida Haris 37, kurang seminggu sebelum wukuf di Padang Arafah, enam hari selepas koma.

Paling menyedihkan apabila berita kematiaan isterinya disampaikan semasa Mohd. Azmil berada di depan Kaabah sebaik selesai menunaikan tawaf sunat.

“Saya masih ingat ketika itu saya seorang diri menaiki teksi ke Masjidilharam dan melakukan tawaf sunat. Semasa tawaf itulah saya berdoa kepada Allah SWT memberikan kesembuhan.

“Namun begitu, selepas pusingan ke tujuh dan selesai tawaf saya terima panggilan telefon minta saya bersabar kerana isteri saya sudah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga 12 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 9 tahun.

Dalam pada itu menurut Mohd Azmil lagi, Allahyarham Zuraida mengalami deman teruk selang beberapa hari tiba di Tanah Suci.

Allahyarham selamat disemadikan pada pagi Selasa di Tanah Perkuburan Shuhada Al-Haram di Mekah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI