fbpx

Cuaca baik hampir seluruh negara hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah dan baik di hampir seluruh negara pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memberitahu, cuaca baik di kebanyakkan tempat di Semenanjung dijangka berterusan hingga tengah hari nanti.

“Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda sekitar kawasan pantai negeri Kedah dan Pulau Pinang pada pagi ini.

“Selain itu, hujan dijangka berlaku di beberapa tempat di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Sementara itu, di sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan ribut petir di seluruh negara melibatkan negeri Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Cuaca buruk sama turut dijangka melanda kawasan pedalaman Kelantan dan Terengganu.

“Di Sabah, ribut petir bakal berlaku sekitar kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat manakala di Sarawak melibatkan Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.

Dalam pada itu, cuaca di sebelah malam, ribut petir diramal melanda di negeri Pahang dan beberapa kawasan pedalaman melibatkan Kelantan dan Terengganu.

“Hujan turut dijangka berlaku di negeri Johor dan kawasan pedalaman Negeri Sembilan pada malam ini.

“Selain itu, di Sabah, ribut petir diramal melanda beberapa kawasan melibatkan Pedalaman, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI