fbpx

Bapa ‘gomen’ tak mengaku liwat anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual dan hubungan seks luar tabii terhadap anak kandungya, bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 38 tahun itu mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu bapa didapati melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia empat tahun di sebuah rumah di Nibong Tebal antara pukul 5.30 hingga 6.30 petang pada Mei lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perhubungan seks bertentangan tabii terhadap mangsa pada tarikh, waktu dan tempat yang sama.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Jamal turut memohon tiada jaminan diberikan kerana dikhuatiri kejadian sama akan berulang kerana mangsa tinggal serumah bersama tertuduh.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan sebutan semula ditetapkan pada 15 Julai depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI