fbpx

Aprilia perlu cari pengganti Vinales

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINALES sedia meninggalkan Aprilia dengan menyertai KTM sebaik berakhir kempen MotoGP musim ini. – AFP

LONDON – Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales dijangka me­ninggalkan Aprilia penghujung musim ini dan dikhabarkan sedia memilih untuk bergabung de­ngan pasukan KTM bagi ­saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (­MotoGP) tahun depan.

Sejak bergabung dengan Aprilia pada hujung musim 2022, Vinales dilihat bergelut untuk mendapatkan aksi terbaiknya apabila hanya mampu mencatat satu kemenangan di Austin tahun ini sekali gus mengumpul podium ketujuh dalam tempoh tiga tahun.

Vinales disebut-sebut akan bergabung dengan pasukan Tech3 yang kini bersaing atas jenama GasGas di bawah syarikat KTM.

Jika benar Vinales menyertai KTM, dia akan menyertai juara lima kali Grand Prix (GP), Enea Bastianini selepas pelumba dari Itali itu hilang kerusi bersama Ducati apabila Marc Marquez sah mengambil alih tempatnya musim depan.

Seperti diumumkan sebelum ini, Brad Binder dan Pedro Acosta akan bersaing bersama pasukan utama KTM.

Jika Vinales menyertai KTM, ia bermakna Aprilia akan kehilangan kedua-dua pelumba kilangnya selepas Aleix Espargaro sebelum ini telah me­ngumumkan keputusan untuk bersara daripada perlumbaan MotoGP pada akhir tahun ini.

Kini, Aprilia tiada pilihan dan perlu mencari pelumba baharu untuk menggantikan tempat Vinales biarpun mereka telah berjaya mendapatkan khidmat naib juara dunia tahun lalu, Jorge Martin dari Ducati menghadapi musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI