fbpx

Anwar tak turun kempen PRK DUN Sungai Bakap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengambil kesempatan beramah mesra dengan orang ramai semasa makan tengah hari di Restoran De'Salai Bangi Station hari ini.

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan turun bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Beliau menyatakan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi dekat sini hari ini.

“Tidak, tidak..,” katanya ringkas tanpa mengulas secara terperinci perkara tersebut.

Terdahulu, Perdana Menteri menikmati makan tengah hari di Restoran De’Salai Bangi Station dekat sini hari ini.

Ketibaan beliau di restoran berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari disambut orang ramai yang berada di sekitar premis tersebut.

PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai nanti bakal menyaksikan Dr. Joohari Ariffin sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan.

Nama beliau diumumkan oleh Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Rafizi Ramli di Simpang Ampat baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 2 Julai. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI