fbpx

Aidiladha: Lebuh raya sesak, anak perantau mula balik Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik terkini di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak hari ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dilaporkan perlahan susulan orang ramai telah mula membuat perjalanan pulang ke kampung halaman bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang berbaki dua hari sahaja lagi.

Menurut laporan trafik Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di aplikasi ‘X’, aliran trafik daripada Lebuh Raya Karak menghala ke arah Timur sesak ekoran pertambahan kenderaan bermula pukul 4 petang tadi.

“Trafik sesak sepanjang 12.6 kilometer (km) daripada KM 24.4 ke KM 37, manakala aliran perlahan dilihat bermula KM 21.0 hingga KM 24.0, diikuti 1.3 km dari KM 41.8 -KM 43.1.

“Keadaan sama turut dilihat dengan pergerakan perlahan sepanjang 3.5 km, 2.3 km dan 3.0 km di KM 47.1 ke KM 50.6, KM 52.5 ke KM 54.8 dan KM 57.3 ke KM 60.3,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI