fbpx

Zii Jia ke suku akhir Terbuka Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA berada pada landasan terbaik bagi memburu gelaran kedua musim ini selepas mara ke suku akhir Terbuka Australia. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meneruskan kemaraan pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia di Sydney selepas melangkah ke pusingan suku akhir.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung sebentar tadi, bekas juara Asia dan All England itu mengenepikan cabaran rakan senegara, Soong Joo Ven menerusi keputusan straight set 21-18, 21-14 dalam tempoh 41 minit.

Kejohanan Jelajah Dunia Super 500 itu boleh dianggap penting buat Zii Jia memandangkan ia merupakan pentas terakhir untuk dia melakukan persiapan bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik Paris 2024 Julai depan.

Meskipun menang menerusi keputusan straight set, namun pilihan ketiga kejohanan itu tidak berdepan laluan mudah apabila dipaksa bekerja keras, terutamanya di set pertama sebelum menunjukkan jalan keluar buat Joo Ven.

Peluang Zii Jia merangkul gelaran keduanya musim ini pada Terbuka Australia dilihat cukup cerah memandangkan ramai pemain ternama termasuk jaguh No.1 dunia, Viktor Axelsen memilih untuk tidak turut serta.

Menjelang aksi suku akhir esok, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu akan membuat perhitungan dengan pemain Jepun, Kenta Nishimoto yang pernah ditewaskannya sebanyak dua kali musim ini.

Mengiringi Zii Jia ke suku akhir adalah beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (beregu campuran) dan Aaron Tai-Kang Khai Xing (beregu lelaki). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI