fbpx

[VIDEO] Datuk, nenek Zayn Rayyan bebas dari siasatan – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK dan nenek Zayn Rayyan ketika hadir ke Mahkamah Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Peguam bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, Fahmi Abdul Moin memberitahu datuk dan nenek Zayn bakal dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Menurut Fahmi, mereka ditahan di kawasan Subang Bestari, di sini, semalam bagi membantu siasatan.

“Mengenai status tangkapan semalam, kedua-dua mereka akan dilepaskan pada pagi ini.

“Mereka juga dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, hari ini.

“Semalam, saya ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya saya telah dimaklumkan bahawa mereka ditahan bagi membantu siasatan sahaja.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Semalam Kosmo! melaporkan polis menahan datuk dan nenek Zayn Rayyan ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Menurut sumber, pasangan suami isteri tersebut ditahan selepas menghadiri prosiding merekod pengakuan ibu kanak-kanak itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pukul 2.30 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, pasangan tersebut ditahan di kawasan Subang Bestari.

“Ya. Datuk dan nenek (Zayn Rayyan) ditangkap pada pukul 2.30 petang hari ini di Subang Bestari,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI