RIYADH – Wanita berusia 130 tahun dari Algeria, Sarahouda diiktiraf sebagai jemaah paling tua pada musim haji kali ini, lapor saluran televisyen MM News semalam.
Meskipun usianya begitu lanjut, Sarahouda nekad untuk menunaikan ibadah haji di samping membawa kebanggaan kepada misi haji Algeria dan rakyat negara berkenaan secara keseluruhan.
Walaupun berada dalam keadaan sihat, dia akan sentiasa dipantau oleh pihak pengurusan haji Arab Saudi.
Stiti turut menyatakan kegembiraannya kerana dapat menunaikan kewajipan rukun Islam itu dan menghargai sambutan mesra serta perkhidmatan cemerlang yang diterima.
Sementara itu, kerajaan Arab Saudi berkata kelmarin bahawa lebih 1.5 juta jemaah haji telah tiba di negara itu.
Jumlah berkenaan termasuk jemaah yang memasuki Arab Saudi melalui jalan darat, laut dan udara. – AGENSI